Testimoni Pesakit : Angin Ahmar (Stroke)

Produk : Kapsul Danshen Plus Dan B.Cleansing

Pada tahun 2003 ketika itu umur saya 37 tahun saya telah mengalami penyakit stroke. Pada mulanya saya tidak tahu saya diserang stroke memandangkan saya diantara orang-orang yang sihat dan tidak pernah mengalami penyakit yang serious sebelumnya.

Setelah seminggu saya dihospital, baru doktor mengesahkan saya terkena stroke.  Selama hampir sebulan saya dihospital dan tidak boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda atau tongkat. Hari demi hari dihospital adalah hari-hari yang amat mencemaskan buat saya. Satu persatu penyakit baru yang lain mula saya alami ketika itu. Semangat saya berkurangan untuk hidup seperti orang biasa. Tambahan lagi kebanyakan rakan  yang datang menziarahi mengatakan saya akan diserang stroke untuk kali kedua, ketiga seterusnya dan boleh membawa kematian. Cuma isteri saya serta keluarga dapat memberikan saya sedikit kekuatan.

Saya sentiasa rasa pening, pelupa dan hilang imbangan badan. Sebelah kanan badan kurang terasa bila disentuh atau dicubit. Berpeluh pun sebelah badan sahaja, kerap kali terasa semacam luka-luka pedih didalam urat saraf saya. Tengkuk serta belakang saya terasa amat berat serta menebal, Pandangan mata saya sering terganggu. Ubat hospital yang saya makan hanya mampu mengurangkan sakit tetapi susah untuk menyembuhkan.

Kini sudah hampir 7 tahun saya diserang stroke dan penyembuhan penyakit saya  begitu perlahan sekali. Suatu hari saya terbaca kisah mengenai DANSHEN PLUS dari website En Mohd Bhaseer. Saya terus berjumpa beliau. Disebabkan pengalaman penyakit kami hampir sama dan atas penerangan yang diberikan, maka saya berasa yakin dan mula mengambil Danshen Plus dan B-CLEANSING. Saya telah berhenti dari makan ubat hospital ketika itu.

Saya agak teruja apabila kesihatan saya tanpa disedari bertambah baik, badan saya terasa begitu ringan, pergerakan kaki saya bertambah kuat dan mantap walaupun baru ketika itu, hanya SEMINGGU memakan Danshen Plus. Saya terus memakannya sehingga kini penyakit saya telah banyak beransur sembuh . 

Ketika testimoni ini ditulis, saya baru memakan Danshen Plus untuk botol yang KEDUA. Saya hanya memakan 2 kapsul sehari sebelum makan malam dan sebungkus B-Cleansing sebelum tidur. Saya begitu gembira sekali lebih-lebih lagi diwaktu pagi semasa bangun tidur. Rasa hendak pitam yang saya alami ketika bangun dari duduk mencangkung yang lama pun sudah tiada lagi. Isteri dan anak saya juga mengambil Danshen Plus sebagai langkah pencegahan. 

Saya menjangkakan banyak lagi penyembuhan kepada saya selepas ini, Insyallah. Saya amat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana mempertemukan saya dengan Danshen Plus. Nasihat saya kepada anda, peliharalah kesihatan kerana kesihatan adalah kekayaan yang tidak ternilai harganya dan jangan lupa penyakit merbahaya yang sentiasa menimpa orang lain juga tidak mustahil boleh menimpa kita suatu hari nanti. Ambil lah produk TASLY kerana ia berupaya merawati PEMBULUH DARAH kita.

Terima kasih kepada Tasly.

Sekian, Terima kasih.

Abd Rahman B. Ahmad (Ipoh Perak)

H.P : 012-5908561

 

Make a Free Website with Yola.